Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Monday, May 28, 2012

Menu Ayam Kampung

Posted On 1:58 AM by kalutribut duniaku 0 comments


Ayam kampung goreng berempah 


Sunday, May 27, 2012

Harga Ayam Kampung

Posted On 4:17 AM by mrddbs.net 0 comments


                                                          

Tarikh08/02/2014                                                                                    




Assalamualaikum w.b.t.


Perkara: SEBUT HARGA AYAM KAMPUNG & PROSES

Sebutharga bagi perkara yang tersebut diatas seperti berikut:

A:- Ayam kampung kacuk jawa.

BIL
JENIS BAHAN
UNIT(KG)
HARGA (RM/EKOR)
1
AYAM KAMPUNG (siap proses)
900-1.2
7.00


Pihak kami berharap harga yang diberikan adalah  bersesuaian dengan kehendak dan keperluan pihak yang berkaitan

Terma Pembayaran      :  Deposit Before Delivery(DBD)                                                    


Nota     :


- Tempoh sah sebut harga adalah bermula dari 14 hari dari tarikh dikeluarkan

 -Harga tidak termasuk penghantaran

-Pembayaran pendahuluan mestilah separuh dari nilaian permintaan disebabkan (boleh dibincangkan semula mengikut prosedur yang bersesuaian)






Wednesday, May 23, 2012

Baja Organik Untuk Tumbuhan

Posted On 11:18 PM by mrddbs.net 0 comments





Produk ini dinamakan sebagai Amoe ini kerana ia dalam bentuk cecair dan diperbuat dari bahan organik serta di campur dengan rempah ratus.Kaedah ini telah diubah suai dari segi pembuatan yang mana terdiri dari hasil kaedah yang digunakan oleh beberapa negara iaitu Jepun,Korea,Thailand dan juga Malaysia

Kebaikan yang dapat diperolehi hasil penggunaan produk ini adalah 

  1. Menghindari dari penyakit pokok seperti serangan serangga dan racun
  2. Dapat menyuburkan tanah
  3. Memberi ketahanan kepada pokok(Antibody)
  4. Mempercepatkan tumbesaran pokok dan hasil dari pokok tersebut(pokok buahan)
  5. Kualiti yang tinggi serta penghasilan yang berganda dari aspek saiz dan menepati piawaian antarabangsa dalam bidang buahan

Cara Penggunaan Produk ini adalah:

Waktu: Pagi

Kaedah : Semburkan baja ini pada pokok sebelum dinihari(7.00pg-10.00pg)

Waktu:Petang

Kaedah: Semburkan baja ini pada pokok seelok-eloknya semasa senja((6.00ptg-7.00ptg)

Untuk mendapatkan hasil yang cepat seeloknya semburkan selepas hujan turun.

Cara Penyimpanan Produk ini adalah dengan menyimpan ditempat yang redup dan hindari daripada cahaya matahari untuk mengekalkan bahan organik yang berada didalam cecair baja ini.




Rujukan:








Saturday, February 11, 2012

Keratan Akhbar

Posted On 5:07 PM by mrddbs.net 0 comments


RM20j Bantu sektor penternakan ayam



Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memperuntukkan RM20 juta sebagai modal pusingan stok penimbal ayam beku bagi peringkat pertama untuk mengurangkan kebergantungan negara pada import bekalan ayam proses.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin, berkata ia juga sebahagian usaha kerajaan untuk menyelamatkan industri penternakan ayam daripada terus menanggung kerugian 20 peratus iaitu RM1 bagi setiap kilogram ayam akibat kos pengeluaran yang tinggi.
Katanya, pada dasarnya Kabinet bersetuju meluluskan peruntukkan itu, namun pihaknya masih menunggu hitam putih kelulusan itu kerana membabitkan Kementerian Kewangan untuk memproses peruntukkan itu dengan segera.
“Sebagai jalan keluar daripada masalah ini, kita bersetuju membantu industri (ternakan ayam) dengan membeli lebihan ayam untuk stok penimbal bagi mengimbangkan harganya di pasaran kerana kos operasi kini terlalu tinggi berbanding harga ladang.
“Ayam bulat yang dibeli ini akan diproses dan diletakkan dalam stok penimbal, apabila berlaku kekurangan bekalan dan ketidaktentuan harga makanan khususnya ketika harganya melambung tinggi pada musim perayaan kita akan keluarkan, namun ia hanya boleh disimpan antara enam bulan sehingga setahun,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Ogos lalu, akhbar melaporkan pihak JPV mewujudkan stok penimbal ayam beku yang memerlukan peruntukan RM10 juta untuk memastikan 500,000 ayam beku setiap hari berada dalam stor simpanan sedia ada milik Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan individu yang disewa.
Skim itu dijangka mengatasi masalah kekurangan ayam dan lambakan ayam di pasaran khususnya di beberapa negeri yang sering mengalami masalah bekalan itu seperti di pantai timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
- Berita Harian


Malaysia Cheap Web Hosting
Malaysia Cheap Web Hosting