MARI KITA KAJI
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua insan,disini saya ingin memberikan beberapa butir perbezaan antara penternak sepenuh masa dan penternak separuh masa.
Seperti yang kita faham penternakan boleh dilakukan dalam beberapa cara dan kaedah untuk menambah pendapatan sampingan.Kebanyakkan penternak yang menceburi bidang ini sepenuh masa adalah kerana ingin mengkomersialkan perniagaan mereka dan terlibat secara serius untuk mengembakan lagi bidang penternakan
Manakala bagi penternak yang menceburi bidang ini pada separuh masa sahaja kebanyakkan mereka hanya sekadar minat dan tidak terlalu fokus dalam bidang ini.Akan tetapi ada sesetengah dari mereka yang telah melihat hasil penternakan mereka lebih dari kerja yang mereka lakukan pada ketika itu,mereka akan lebih fokus dan serius pada bidang penternakan ini.Ada kejadian yang mana setelah mereka lihat hasil yang lumayan dari bekerja makan gaji mereka sanggup untukberhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuhnya di dalam bidang penternakan ini.
Disini saya memberi beberapa perbezaan bagi kedua-dua situasi samaada menternak sepenuh masa atau menternak separuh masa.
PENTERNAK SEPARUH MASA
- Mengikut gerak ekonomi dan ingin menambah pendapatan
- Masa yang ada hanyalah pada hujung minggu sahaja atau masa cuti.
- Ada modal tak kisah sedikit atau banyak.
- Ada kawasan samada kawasan sendiri yang terbiar
- Mempunyai tenaga kerja paling minima 1 org
- Tiada pengangkutan
kriteria di atas melayakkan anda untuk menjadi seorang penternak separuh masa .untuk menjadi penternak sepenuh masa pula, cuba lihat di bawah ni pula :
PENTERNAK SEPENUH MASA
- Tiada kerja hakiki / berkait dgn majikan lain
- Masa sentiasa ada
- Ada modal
- Ada kawasan sendiri / sewa
- Mempunyai tenaga kerja lebih dari 1 org.
- Ada pengangkutan yang konsisten
0 comments:
Post a Comment