Jika anda adalah seorang mahasiswa yang sedang mencari idea-idea peluang perniagaan, maka artikel ini sangat sesuai dengan anda. Sebenarnya terdapat banyak peluang perniagaan yang boleh dijalankan oleh para mahasiswa.
Yang diperlukan adalah keberanian dan ketekunan untuk menjalankannya di waktu-waktu lapang. Ketika ini ramai mahasiswa yang menjalankan perniagaan sambil menghadiri kelas kerana mereka memiliki motivasi yang sangat kuat seperti ingin berdikari, mencari pendapatan tambahan sendiri tanpa bantuan orang tua.
Berikut ini adalah beberapa contoh peluang perniagaan yang dapat dijalankan oleh mahasiswa, seperti:
Bimbingan Belajar
Idea bisnes bimbingan belajar (pusat tiusyen) ini bermula dari saat saya jalan-jalan di Kuala Lumpur. Ketika itu saya melihat sebuah pusat bimbingan belajar yang tempatnya biasa-biasa saja; namun uniknya tempat tersebut ialah rekabentuk berasaskan makmal serta tampak cukup menarik. Jika dilihat dari segi rupa, kemungkinan besar ia hanya merupakan perusahan persendirian atau dijalankan oleh beberapa orang mahasiswa.
Pada pendapat saya, anda juga boleh membuka sebuah institusi bimbingan belajar untuk beberapa orang pelajar dari semua peringkat persekolahan. Ketika ini banyak institusi-institusi bimbingan belajar dibuka di kawasan perumahan dan kampung- kampung. Jelas sekali bahawa ini merupakan suatu peluang perniagaan yang baik untuk para mahasiswa.
Anda boleh bergabung dengan rakan-rakan yang menguasai bidang pelajaran masing-masing dan membahagikan keuntungan dengan mereka berdasarkan sesi yang mereka adakan. Secara amnya, anda mengelola agensi bimbingan pelajar berskala kecil, di mana sumber tenaga pengajar terdiri daripada teman-teman anda.
Institusi Latihan
Jika anda mempunyai kreativiti serta senang berkomunikasi, membuka perniagaan khidmat latihan dan kemahiran untuk segmen umur tertentu merupakan peluang perniagaan yang berpotensi. Anda boleh menawarkan kursus kepada para mahasiswa, penuntut sekolah, golongan bekerja bahkan juka kepada syarikat perniagaan SME, serta masyarakat umum. Terdapat pelbagai tema latihan yang dapat anda tawarkan, seperti pengurusan masa, pengurusan organisasi, pengurusan perniagaan, bahkan latihan pembuatan produk untuk suri rumahtangga contohnya.
Rahsianya, anda harus memperkembangkan komunikasi yang baik serta membentuk pekerja yang dapat membantu anda mengadakan latihan tertentu. Anda tidak perlu memiliki semua kepakaran yang diperlukan untuk latihan ini; carilah pekerja yang dapat diajak bekerjasama untuk melatih serta mengelola latihan di agensi anda, dengan anda berperanan sebagai pengusahanya.
Tuisyen Peribadi
Tuisyen peribadi telah banyak dijalankan, dan permintaan perkhidmatan ini semakin lama semakin meningkat. Perkhidmatan tuisyen peribadi telah banyak diusahakan oleh para mahasiswa. Anda boleh menggunakan kelebihan anda sebagai mahasiswa dalam jurusan spesifik, contohnya matematik, bahasa Inggeris atau bidang-bidang lain. Anda boleh mengajar di kawasan perumahan, sekolah, menawarkan perkhidmatan tuisyen peribadi kepada anak-anak yang memerlukan bimbingan belajar tambahan.
Khidmat Menterjemah
Ini perupakan idea perniagaan yang dalam jangkauan kebolehan akademik seseorang mahasiswa. Jadi ia merupakan suatu perkhidmatan yang amat sesuai untuk Anda tawarkan. Jika anda tidak mempunyai kelebihan dalam penguassan bahasa asing, anda masih dapat menjalankan perusahaan ini dengan merekrut orang-orang pakar dalam bahasa tertentu dan membayar mereka berdasarkan sistem penggajian.